top of page

MAJLIS PERSIAPAN RAYA & AMAL RAMADHAN 2019

ULU TIRAM, 16 Mei - Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) mengadakan program tahunan tanggungjawab korporat (CSR) dengan menyediakan bantuan dari segi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga miskin. Seramai 38 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram telah dipilih untuk menyertai program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEB, Jamal Abd Nasir Taharim berkata, “SDEB telah memilih sekolah harian biasa untuk program ini bagi meraikan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga miskin yang seringkali terlepas pandang untuk diraikan setiap kali musim perayaan tiba. Setiap murid dberikan sumbangan sebanyak RM3OO untuk membeli persiapan bagi menyambut Aidilfirti yang akan menjelang tidak lama lagi. Dan setiap mereka kami telah berikan duit raya bagi menambah kegembiran dan keceriaan mereka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini."

SDEB telah memilih Plaza Angsana, Johor Bahru sebagai lokasi membeli belah barang keperluan persiapan hari raya dan seterusnya anak-anak ini diraikan di Majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan syarikat.

bottom of page