top of page

Terma & Syarat Peraduan E22 Post & Win

Terma & Syarat Peraduan Post & Win – Tempat Menarik di sekitar Lebuhraya E22

 

Peraduan Facebook Post & Win dianjurkan oleh Senai-Desaru Expressway Berhad – E22 (“Penganjur”) dan akan berlangsung dari 25 Nov 2019 hingga 31 Dec 2019.

 

Cara Penyertaan:

  1. Muatnaik gambar tempat- tempat menarik yang boleh dilawati melalui E22 ke Instagram, Facebook atau Twitter anda. Peserta haruslah memasukkan hashtag: #e22postandwin1st untuk melayakkan gambar anda diambil kira didalam peraduan ini. ATAU;
     

  2. Muatnaik semula (repost) atau kongsi semula (share) gambar tempat- tempat menarik yang boleh dilawati melalui E22 dari Instagram, Facebook atau Twitter rasmi Lebuhraya E22. Peserta haruslah memasukkan hashtag: #e22postandwin1st untuk melayakkan post anda diambil kira didalam peraduan ini.
     

  3. Hanya satu (1) post akan dipilih sebagai pemenang brdasarkan kriteria berikut:

    1. Jumlah ‘like’ tertinggi ATAU

    2. Jumlah ‘repost/share’ tertinggi

 

Cara untuk Menang:

  1. Tarikh gambar dimuatnaik kedalam media sosial anda mestilah bermula dari 22 Nov 2019 hingga 31 Dec 2019.

  2. Pemilihan pemenang akan dijalankan dengan budi bicara Penganjur hanya jika penyertaan itu mematuhi semua kriteria kelayakan.

  3. Pemenang layak untuk memenangi satu hadiah sahaja sepanjang tempoh Peraduan.

  4. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama Januari 2020.

 

Hadiah

Seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Satu (1) unit telefon bimbit Samsung A50 oleh Penganjur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 

Hadiah tidak boleh ditukar kepada tunai atau lain-lain alternatif. Bagaimanapun, Penganjur berhak menggantikan model telefon bimbit yang tertera (sama nilai harga) jika terdapat sebarang perubahan di pasaran luar.

 

Kelayakan

  1. Peraduan Post & Win dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bermula 22 Nov 2019.

  2. Peserta yang layak dan berumur bawah-18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum menyertai peraduan.

  3. Penganjur dan kakitangan Senai-Desaru Expressway Berhad serta ahli keluarga tidak layak untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini.

 

Notifikasi Pemenang

  1. Setelah pengumuman pemenang dibuat, Penganjur akan menghubungi pemenang (mesej melalui akaun media social rasmi Lebuhraya E22) untuk mendapatkan maklumat peribadi dan mengesahkan proses tuntutan barang.

  2. Penganjur berhak untuk meminta bukti bertulis No. Kad Pengenalan dan umur pemenang sebelum barang dituntut. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan jika pemenang tidak memberi maklumat yang diperlukan semasa dihubungi Penganjur dalam tempoh yang ditetapkan.

  3. Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang baru jika pemenang asal gagal memberi maklumat setelah gagal dihubungi 3 kali oleh Penganjur.

  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi.

Had Liabiliti dan Tanggungjawab

  1. Jika berlaku sebarang kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan, penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan yang dihadapi pemenang untuk menyertai peraduan ini atau apa-apa kegagalan yang dihadapi oleh Penganjur dalam memenuhi obligasi Penganjur di bawah ini;

  2. Dengan menyertai Peraduan, peserta yang layak akan memberi hak penuh kepada Penganjur untuk penggunaan maklumat pemenang semasa promosi di masa hadapan.

 

Hak Penganjur

  1. Penerimaan hadiah akan dianggap bahawa Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

  2. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta (pada mana-mana peringkat Peraduan) atas sebab Peserta tidak mematuhi terma-terma ini.

  3. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan tanpa menyatakan apa-apa sebab.

  4. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

  5. Sekiranya hadiah yang dinyatakan tidak ada, Penganjur berhak untuk menukarnkannya dengan hadiah yang sama nilainya atau kurang tanpa sebarang notifikasi. Hadiah boleh ditukarkan ke mata wang atau dipindah milik mengikut persetujuan pihak pengurusan Penganjur dan pemenang.

  6. Setiap penyertaan perlu diterima oleh Penganjur semasa atau sebelum tarikh tutup seperti mana yang telah ditetapkan dalam Terma dan Syarat. Penyertaan yang dihantar selepas waktu tutup tidak akan diterima dan dianggap tidak layak.

 

Terma Penyertaan

  1. Dengan menyertai Peraduan, semua peserta sedia maklum dan bersetuju untuk tertakluk di bawah semua terma, syarat dan keputusan yang dibuat oleh Penganjur. Semua keputusan yang dibuat berkaitan Peraduan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

  2. Penganjur diberikan hak untuk menyiarkan nama dan gambar atau memaparkan sebarang perkara berkaitan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa memberi notis kepada pemenang.

  3. Penganjur juga ingin memaklumkan bahawa semua maklumat peribadi ini tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

  4. Penganjur berhak mengubah Terma dan Syarat tanpa notis.

  5. Untuk maklumat lanjut berkenaan Peraduan Post & Win, sila hubungi kami melalui akaun rasmi media social Lebuhraya E22.

 

NOTIS PRIVASI DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

  1. Data peribadi anda sedang/akan diproses oleh atau bagi Penganjur.

  2. Seterusnya, dengan menyerahkan/mengemukakan maklumat kepada Peraduan Post & Win, anda dengan ini bersetuju dengan Penganjur untuk memproses data peribadi anda mengikut cara yang telah ditetapkan.

  3. Penganjur akan memproses data peribadi yang telah anda berikan seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat serta maklumat lain yang telah diminta dari anda dalam peraduan ini.

  4. Penganjur akan memproses data peribadi anda termasuk maklumat tambahan yang mungkin anda berikan bagi tujuan untuk menjalankan peraduan ini serta menghubungi anda (jika perlu).

  5. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh diberikan kepada pembekal perkhidmatan kami bagi tujuan yang dinyatakan di atas. Anda bertanggungjawab bagi memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan serta memastikan bahawa data peribadi tersebut adalah yang terkini.

  6. Anda boleh mengakses dan meminta untuk melakukan pembetulan data peribadi anda dan/atau untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, serta membuat apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, dengan memaklumkan kepada Penganjur di akaun rasmi media social Lebuhraya E22.

bottom of page