top of page

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

30 Jun 2021 - Program Sumbangan Makanan E22 bertempat di Pusat Pendaftaran Vaksin Bergerak, Bandar Penawar kepada para petugas dan sukarelawan  dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi E22. Semoga para petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan semangat dalam menjalankan tugas mereka.

27 Jun 2021 - Program Sumbangan Makanan E22 kepada para petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) The Westin Desaru Coast Conference Centre, Bandar Penawar dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi E22. Semoga para petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan semangat dalam menjalankan tugas mereka.

Pada 4 April 2021, pihak E22 diwakili oleh kru Enginering & Maintenance (E&M) telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat  dengan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perkuburan di Ulu Tiram, berhampiran kawasan Lebuhraya E22. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk setempat dalam  menyelenggara kawasan perkuburan.
 

Pada 1 April 2021, Kelab Sukan Rekreasi E22 telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat  dengan membekalkan 30 kotak air mineral kepada wakil Politeknik Pasir Gudang iaitu Puan Hajah Normala Binti Abdullah merangkap Pengarah di Politeknik Pasir Gudang. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penggunaan harian mereka.
 

Pada 13 Januari 2021, Kelab Sukan Rekreasi E22 telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat  yang pertama bagi tahun 2021. Program pengagihan barangan keperluan asas ini telah diadakan untuk meringankan beban mangsa banjir bagi penduduk yang terjejas di Kg Cahaya Baru dan juga  Kg Pasir Putih pada jam 2.30pm sebentar tadi. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.
 

bottom of page