top of page

JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN 2

19 Ogos 2022 - Jumaat

​

Selain Jalan Persekutuan, ahli jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2 turut dibawa meninjau tapak projek Pembinaan Directional Ramp di Persimpangan Senai Desaru Expressway (SDE) selepas Plaza Tol Penawar menghala ke Bandar Penawar/Pengerang di Jalan Persekutuan FT92.

​

Bagi menangani isu kesesakan waktu puncak di Persimpangan Lampu Isyarat Bandar Penawar, Kerajaan Persekutuan melalui Pasukan Khas JKR PIPC (JKR-PIPC) telah memulakan projek menaiktaraf persimpangan tersebut pada 28 Februari 2022.

​

Projek ini melibatkan skop kerja membina directional ramp dua (2) lorong sepanjang 1525 meter, menaik taraf laluan Kota Tinggi dan laluan Kg Tg Balau kepada 4 lorong 2 hala sepanjang 250 m, kerja pengalihan utiliti dan juga memasang perabot jalan.

​

Kos kontrak projek ini adalah sebanyak RM81.11 juta. Apabila siap kelak, laluan ini dijangka akan menyuraikan kesesakan trafik di persimpangan SDE-Bandar Penawar yang merupakan laluan utama ke Pengerang, Johor.

CONTACT US

Tel: +607 863 2020

Fax: +607 861 4872

FOLLOW US

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube

VISITORS

ADDRESS

HQ (Johor Office):

Kompleks Pejabat Pentadbiran,

KM 22 Lebuhraya E22,

81800 Ulu Tiram,

Johor Darul Ta'zim

​

Coordinate:

1.585075, 103.813333

icons8-location-96.png

Operation hours:

Monday - Friday | 8:30 - 17:30

Copyright © 2025 E22 Senai-Desaru Expressway Berhad All Rights Reserved.

bottom of page